pesakit ini bebas dari Virus
selsema Babi
Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam mengesahkan lelaki yang dikuarantin di Hospital Umum Sarawak bebas daripada virus Influenza H1N1.
Beliau mengesahkan hasil ujian itu negatif pada jam 9 malam tadi selepas merasmikan majlis makan malam gala ulangtahun ke-47 Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) di sebuah hotel di sini.
Katanya, ujian klinikal terhadap lelaki yang berusia 31 tahun itu hanya menghadapi selesema biasa yang disebabkan virus H3.
Bercakap kepada media di sini malam semalam, Chan berkata virus itu tiada kaitan dengan influenza H1N1 yang telah meragut ramai nyawa di beberapa buah negara terutama di Mexico.
Semalam seorang rakyat tempatan yang baru kembali dari lawatan ke Amerika Syarikat dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak sebagai langkah berjaga-jaga kerana mempunyai tanda yang menyerupai influenza H1N1.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Ramlee Rahmat berkata lelaki berusia 31 tahun itu menghidap batuk, demam dan selesema apabila dia pulang ke Sarawak pada 1 Mei lepas, dan contoh telah diambil daripada tekaknya untuk dikaji oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Kuala Lumpur.
Dr Ramlee berkata pengumuman mengenai kajian terhadap sampel yang diambil daripada lelaki itu akan dibuat sama ada oleh Menteri Kesihatan atau Ketua Pengarah Kesihatan.
Sebelum ini, dua kes serupa, masing-masing satu di Pulau Pinang dan di Selangor, disahkan sebagai negatif.
Comments :
0 comments to “Sarawak bebas Selsema Babi”
Post a Comment