PEOPLE.COM TEMPLATE


Thursday, May 19, 2011

gawai

0
READ MORE >>

Friday, January 8, 2010

Aktiviti Terbaru Geng Unit Hasil

0
Slide Show geng Unil Hasil
READ MORE >>

Friday, May 8, 2009

Sarawak bebas Selsema Babi

0

pesakit ini bebas dari Virus
selsema Babi

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam mengesahkan lelaki yang dikuarantin di Hospital Umum Sarawak bebas daripada virus Influenza H1N1.

Beliau mengesahkan hasil ujian itu negatif pada jam 9 malam tadi selepas merasmikan majlis makan malam gala ulangtahun ke-47 Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) di sebuah hotel di sini.

Katanya, ujian klinikal terhadap lelaki yang berusia 31 tahun itu hanya menghadapi selesema biasa yang disebabkan virus H3.

Bercakap kepada media di sini malam semalam, Chan berkata virus itu tiada kaitan dengan influenza H1N1 yang telah meragut ramai nyawa di beberapa buah negara terutama di Mexico.

Semalam seorang rakyat tempatan yang baru kembali dari lawatan ke Amerika Syarikat dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak sebagai langkah berjaga-jaga kerana mempunyai tanda yang menyerupai influenza H1N1.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Ramlee Rahmat berkata lelaki berusia 31 tahun itu menghidap batuk, demam dan selesema apabila dia pulang ke Sarawak pada 1 Mei lepas, dan contoh telah diambil daripada tekaknya untuk dikaji oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Kuala Lumpur.

Dr Ramlee berkata pengumuman mengenai kajian terhadap sampel yang diambil daripada lelaki itu akan dibuat sama ada oleh Menteri Kesihatan atau Ketua Pengarah Kesihatan.

Sebelum ini, dua kes serupa, masing-masing satu di Pulau Pinang dan di Selangor, disahkan sebagai negatif.
READ MORE >>

Sunday, April 19, 2009

Latar Belakang Unit Hasil

0
Unit Hasil hospital umum sarawak merupakan salah satu unit di dalam bahagian pentadbiran (juga disebut bahagian pengurusan)

Ia diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N32 yang bertanggungjawab kepada timbalan pengarah(pengurusan) dan pengarah hospital.Dibawah PPT terdapat seorang pembantu tadbir GredN22,18 Pembantu tadbir(P/O) Gred N17,Seorang Pembantu Tadbir(kew) Gredw17 dan 4 Orang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Gred U3.

Unit Hasil terletak di Aras 2 blok klinikal dan selain pentadbiran hasil,disini terdapat kuanter daftar masuk yang beroperasi 24 jam,kuanter pengebilan,kuanter bayaran utama ,kuanter pusat maklumat pesakit dan kuanter bayaran klinik pakar.

Unit ini juga menyelia urusan kutipan hasil ditujuh buah tingkat pungutan satelit di sekitar hospital Umum Sarawak.
READ MORE >>

Blog Khas Untuk Staf Unit Hasil

0
Blog ini merupakan blog khas unit hasil hospital umum sarawak.Tujuan utamanya adalah untuk memberi maklumat kepada pesakit dan juga staff unit hasil sendiri mengenai unit hasil ini.

Objektif

Untuk membantu seseorang individu itu mencapai dan mengalakkan suatu taraf
kesihatan bagi membolehkan menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif dengan memberi tumpuan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib dan menyedikan perkhidmatan kesihatan asas untuk rakyat bagi menwujudkan kehidupan yang sihat dan bersih.
READ MORE >>

GALLERY

 

Copyright © 2009 by Unit Hasil, Musician Blog Design, People.com Inspiration Powered By Blogger